Burung Sewah Tahu
Burung Sewah Tahu

Burung Sewah Tahu

Burung Sewah Tahu [1] atau juga dikenali sebagai burung Tuwu merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Eudynamys scolopaceus. [2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]Burung Sewah Tahu merupakan ahli aturan burung cuckoo, Cuculiformes. Ia terdapat di Asia Selatan, China, dan Asia Tenggara. Ia membentuk superspesies dengan Black-billed dan Pacific Koel yang berkait rapat dan kadangkala dianggap subspesies. Burung Sewah Tahu merupakan parasit induk ("brood parasite") yang bertelur dalam sarang gagak dan hos lain, yang menjaga anaknya. Ia luarbiasa dikalangan cuckoos kerana sebahagian besarnya memakan buah apabila dewasa.[4] Nama Inggerisnya koel mengajuk bunyinya dengan beberapa variasi bahasa. Burung ini digunakan secara meluas dalam puisi India.[5]

Rujukan

WikiPedia: Burung Sewah Tahu http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://ibc.lynxeds.com/species/common-koel-eudynam... http://besgroup.talfrynature.com/2008/12/15/does-a... http://www.hku.hk/ecology/staffhp/rtc/corlett-pdf/... http://books.google.com.my/books?id=g63vuaasxrgC&p... http://books.google.com.my/books?id=gKfkbf9fPUYC&p... http://www.wildasia.net/downloads/bird_list_kuala_... http://home.tiscali.nl/jvanderw/malaysia02/sounds/... http://www.archive.org/stream/NLBW24#page/n74/mode... http://www.xeno-canto.org/asia/browse.php?query=Eu...